Ramai diantara
kita, tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai tabiat buruk iaitu mencarut,
tidak dinafikan saya pun sekali-sekala ada jugak hehe. Hati kadang-kadang kata
lain dan mulut bunyi lain pulak, tanpa kita sedar mulut mula mencarut dan membuat orang terluka.
Mencarut merujuk kepada
perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Bagi saya mencarut adalah satu
penegasan tentang sesuatu perkara mengikut situasi.
Rasa kita boleh mencarut, cuma perkataan yang kita
nak guna perlulah menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan hati orang lain
sebab kita tak naklahkan hubungan renggang kerana tersinggung kata seperti
peribahasa kerana mulut badan binasa.
Saya sangat kurang minat dengan orang yang suka
mencarut dengan perkataan kesat, lebih-lebih sekali perempuan yang mencarut
sebab menghilangkan kecantikan dan sifat perempuan yang lembut disitu, jadi
bagi perempuan sila kurangkan kata-kata kesat. Bagi perempuan yang melatah
jangan nak menunjuk sangat melatah tu sebab nanti orang lagi suka nak sakat.
Tenuk
|
Pokemon
|
Betik
|
Khinzir
|
Kentahian
|
Bullsweet
|
Sengal
|
What the
Fish
|
Kentucky
|
Kurang
pandai
|
Natang
|
What the
heaven
|
Jadi ini ada beberapa contoh mungkin boleh diguna
pakai, selebihnya terpulang pada kretiviti individu masing-masing. Lebih elok
untuk menggunakan perkataan yang lembut dan comel bila mencarut sebab lagi
orang suka untuk dengar dan tidak menyakitkan hati orang lain. Orang lagi
akan mintak kita mencarut dekat dia sebab dia suka sangat dengar kita mencarut. Orang akan suka walaupun selepas kena maki oleh
kita hehe, sound better right?
Kalau boleh kurangkan mencarut tetapi kalau susah mencarutlah dengan menggunakan perkataan
yang sopan dan lembut bagi menjaga hati orang.
Ingat bahasa jiwa bangsa kita, setiap kata adalah
doa dan perkataan yang dilafazkan tak mungkin dapat dipadam.