SKIP INTRO

seek knowledge as
much as we could,
with knowledge we
can see lot of thing
don't let the world
change us but
let us together
change the
world
 

Mencarut!!!

Friday, March 2, 2012



Ramai diantara kita, tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai tabiat buruk iaitu mencarut, tidak dinafikan saya pun sekali-sekala ada jugak hehe. Hati kadang-kadang kata lain dan mulut bunyi lain pulak, tanpa kita sedar mulut mula mencarut dan membuat orang terluka.
 

Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Bagi saya mencarut adalah satu penegasan tentang sesuatu perkara mengikut situasi.

Rasa kita boleh mencarut, cuma perkataan yang kita nak guna perlulah menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan hati orang lain sebab kita tak naklahkan hubungan renggang kerana tersinggung kata seperti peribahasa kerana mulut badan binasa.

Saya sangat kurang minat dengan orang yang suka mencarut dengan perkataan kesat, lebih-lebih sekali perempuan yang mencarut sebab menghilangkan kecantikan dan sifat perempuan yang lembut disitu, jadi bagi perempuan sila kurangkan kata-kata kesat. Bagi perempuan yang melatah jangan nak menunjuk sangat melatah tu sebab nanti orang lagi suka nak sakat.

Tenuk
Pokemon
Betik
Khinzir
Kentahian
Bullsweet
Sengal
What the Fish
Kentucky
Kurang pandai
 Natang
What the heaven

Jadi ini ada beberapa contoh mungkin boleh diguna pakai, selebihnya terpulang pada kretiviti individu masing-masing. Lebih elok untuk menggunakan perkataan yang lembut dan comel bila mencarut sebab lagi orang suka untuk dengar dan tidak menyakitkan hati orang lain. Orang lagi akan mintak kita mencarut dekat dia sebab dia suka sangat dengar kita mencarut. Orang akan suka walaupun selepas kena maki oleh kita hehe, sound better right? 

Kalau boleh kurangkan mencarut tetapi kalau susah mencarutlah dengan menggunakan perkataan yang sopan dan lembut bagi menjaga hati orang.

Ingat bahasa jiwa bangsa kita, setiap kata adalah doa dan perkataan yang dilafazkan tak mungkin dapat dipadam.

Pages