SKIP INTRO

seek knowledge as
much as we could,
with knowledge we
can see lot of thing
don't let the world
change us but
let us together
change the
world
 

Khutbah 11.11.11

Thursday, November 10, 2011

Khutbah pada hari ini 11.11.11 agak menarik bagi saya kerana topic yang dikupaskan sangat bermakna, disebabkan atas permintaan dua orang kawan saya cuba untuk mengupas kembali topic yang dikupaskan khatib jumaat di masjid as-syakirin secara ringkas tetapi saya tidak dapat nak mengingati teks khutbah secara keseluruhannya.

Khutbah pertama, topic yang pertama dikupaskan mengenai tarikh 11.11.11, di mana khatib menerang situasai sekarang yang mane ramai terkejar-kejar untuk mendapatkan tarikh ini dengan sibuk nak kahwin, buat kenduri majlis dan sebagainya pada tarikh tersebut. Tetapi bagi umat Islam tarikh ini hanya tarikh biasa, kalau ada umat Islam yang lahir pada tarikh ini bermakna pada tarikh ini dia lahir sebagai muslim dan kalau dia meninggal pada tarikh ini bermakna pada tarikh ini dia meninggal sebagai muslim.

Topic yang kedua yang dikupaskan ialah mengenai sexuality independent, dimana ada masyarakat yang cuba memerdekakan hubungan sejenis. Adakah tergamak kita sebagai ibu bapa melihat anak perempuan kita suka semasa perempuan atau gejala lesbian, tergamakkah kita melihat anak lelaki kita suka semasa lelaki atau gejala gay. Gay sana dan lesbian sini sanggupkah kita hanya berdiam diri dan melihat perkara ini terjadi?

Topic yang ketiga, mengenai keruntuhan akidah. Khatib ada menceritakan tentang pengalaman beliau tentang mengendalikan program dimana beliau ada bertanyakan kepada peserta, sesiapa yang boleh menerangkan secara keseluruhan tentang solat subuh tetapi semua gagal menjawab dan ditanyakan juga sesiapa yang tidak pernah tinggal solat 5 waktu selama sebulan dalam waktunya tiada yang menjawab. Hanya pelajar yang bersekolah agama dan thafiz yang boleh menjawab. Beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau bersembahyang subuh tetapi tiada seorang pun anak muda yang solat pada ketika itu. Kita sebagai negara yang mengakui Islam dan Islam merupakan agama rasmi negara ini mempunyai tanggungjawab yang besar. Ramai anak-anak muda sekarang yang sudah jauh dari landasan, ada yang buta solat, buta Al-quran dan buta  tajwid.

Khutbah kedua yang disampaikan hanya merumuskan kembali semua khutbah beliau dan beliau ade mengajak para jemaah untuk mendengar ceramah di masjid shah alam, antara penceramahnya ialah professor harun din dan isu yang akan dibincangkan tentang aqidah.



Jadi sekian saja, penerangan ini hanya secara ringkas dan tidak menceritakan tentang teks khutbah yang lengkap.

0 comments:

Post a Comment

Throw your words

Pages