Masa dibangku sekolah dulu rasa malas nak ambik tahu pasal masalah negara, krisis economi and pergolakkan yang berlaku sebab macam rasa tak ada kena mengena, lagi pun benda tu macam memeningkan dan bosan kadang-kadang. Tetapi bila usia dah meningkat dan masa pun dah sampai untuk saya menjalankan tangungjawab dan untuk ambik tahu tentang masalah yang melanda. Merah, hijau dan biru yang mana pilihan ku???
Kalau saya tak ambik tahu daripada sekarang siapa lagi yang nak ambik tahu, takkan nak harapkan negara lain yang ambik tau. Walaupun dulu saya tidak mengambil tahu sangat tetapi saya tetap memerhatikan tentang keadaan yang berlaku. Saya tahu serba sedikit tentang masalah yang dihadapi oleh setiap pasukan
Bagi saya pasukan merah, hijau dan biru seperti 3 jenis kerenderaan yang berbeza tetapi mempunyai destinasi yang sama. Merah seperti kereta api, hijau seperti kapal terbang dan biru seperti kapal laut, setiap kerenderaan ni akan mengunakan jalan mereka masing-masing tetapi destinasi mereka adalah sama. Berbalik kepada situasi yang nyata, pasukan merah, hijau dan biru masing-masing menpunyai cara dan pembawakan yang berbeza tetapi saya yakin matlamat mereka adalah sama untuk membangunkan dan memakmurkan Malaysia. Tetapi masalah yang melanda sekarang masing-masing berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi itu, masing-masing sibuk memastikan kerenderaan mereka sampai dahulu sampai kadang-kadang mereka mengabaikan penumpang mereka iaitu rakyat.
Rasanya tidak salah kalau mereka bersama berganding bahu untuk sampai ke destinasi tersebut walaupun masing-masing mempunyai cara dan pembawakan yang berbeza. Yang si kerajaan mentadbir dengan adil tanpa berat sebelah, menjaga kepentingan Negara dan rakyat, yang si pembangkang berganding sama dengan membantu yang si kerajaan dengan menasihati mana yang tidak kena dan memberikan jalan penyelesaian, rasa itu tugas mereka. Kalau masing-masing menjalankan tugas masing-masing dan menghormati yang lain tempat perbincangan tidak akan jadi kecoh macam kelas sekolah.
Kalau di ikutkan sejarah Tanah Melayu, pada suatu ketika dulu jatuh disebabkan pergolakan yang melanda didalam pentadbiran dan kerana perpaduan daripada rakyat dengan bersatu dalam parti telah memerdekakan Malaysia. Dua benda yang boleh diambil disini ialah pergolakan dalam Negara boleh menjatuhkan sesebuah Negara dan objektif sesebuah parti adalah menyatukan rakyat bukan memecah belahkan.
‘Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala…rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala rakyatnya …jikalau kau bunuh ia (rakyatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa’. [Sejarah Melayu (1612), wasiat Sultan ‘Alauddin Syah kepada anaknya]
Mungkin impian untuk setiap pasukan di Malaysia untuk bersatu masih samar-samar tetapi saya masih lagi percaya ia boleh dilaksanankan.
“It doesn’t need thousands of people to hope to make it happen, it is enough for one man to hope to make it happen”
Tentang Merah, hijau dan biru yang mana pilihan ku??? Buat masa ni saya takkan memilih mana-mana pasukan lagi tetapi saya akan memilih pemimpin yang berwibawa untuk memimpin. Rasa tiada guna kita sibuk nak pasukan kita menang tapi rakyat entah kemana atau kalau pasukan kita menang pun belum tentu rakyat terjamin, tetapi pemimpin yang berwibawa rakyat pasti terjamin, jadi pilih berdasarkan individu bukan pasukan mereka. 3 pemimpin yang saya sangat sanjungi ialah bekas perdana menteri serta bekas timbalan beliau dan tok guru, bagi saya setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kalau mereka dapat berganding bahu pasti dapat menghasilkan satu kumpulan yang hebat untuk membangunkan negara.
55% diri saya menolak dengan sekeras-kerasnya kerana: Bagi saya, saya tidak Nampak hasilnya daripada rentetan tahun lepas, hasil yang saya nampak adalah rusuhan yang berlaku, mungkin dengan demonstrasi berjalan ini tidak cukup untuk menyedarkan rakyat dan memberi peluang untuk anasir-anasir jahat untuk membuat kacau bilau. Objektif yang dibawa pun agak samar-samar.
45% diri saya akan menyokong dengan setulusnya jikalau: Demonstrasi ini dilakukan pada tempat yang lapang atau tertutup jauh daripada kesibukan jalan raya, tempat-tempat perniagaan dan kawasan-kawasan yang boleh menganggu penduduk setempat. Saya akan menyokong 100% jikalau demonstrasi ini adalah jalan terakhir untuk menyedarkan kerajaan tentang situasi sebenar.
Kuasa Rakyat: kalau sesebuah kerajaan tetap tidak ingin mengambil tindakan dan berdiam diri, mungkin rakyat akan mengambil tindakan sendiri dan mula bersuara.
Tujuan rencana bukan untuk mengaibkan sesiapa, menyalahkan sesiapa atau menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah tetapi rencana ini adalah pandangan kosong semata-mata, dengan berniat dapat mencelikkan mata sesiapa yang berkenaan. Walaup bagaimana pun mohon maaf jikalau terguris hati atau terkasar ayat.
"maybe someday from now we will be asked, what have we done when our country faces trouble" (I have try to give my opinion) I ♥ MY
"maybe someday from now we will be asked, what have we done when our country faces trouble" (I have try to give my opinion) I ♥ MY
0 comments:
Post a Comment
Throw your words