SKIP INTRO

seek knowledge as
much as we could,
with knowledge we
can see lot of thing
don't let the world
change us but
let us together
change the
world
 

IBU BAPA MENGONGKONG DAN ANAK MEMBERONTAK

Friday, September 9, 2011



Isu untuk pos kali ini adalah berkaitan pasal ibu bapa dan anak, bukan untuk tentukan salah siapa atau siapa yang perlu bertanggungjawab tapi artikel ini hanya untuk menyelami situasi ini.

Ibu bapa kadang-kadang terlalu mengongkong anak-anak mereka, tetapi sebenarnya mereka terlalu sangat sayangkan anak mereka, mereka takut anak mereka tersalah membuat pilihan atau terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang penuh dengan gejala sosial buruk yang melanda.
  





Yang si anak pulak memberontak kalau dikongkong oleh ibu bapa mereka, untuk menunjukkan tanda bantahan mereka. Kadang-kadang sampai merosakkan masa depan ataupun memudaratkan diri mereka. Situasai ni dah macam waktu kita kecik-kecik, bila kita nak mainan tapi orang tua tak bagi beli, jadi kita pun melalak macam nak rak siap guling-guling lagi supaya dapat mainan, jadi kesimpulannya sangat tidak matang perbuatan tersebut.


Kalau anda rasa ibu bapa anda suka mengongkong fikirkan kembali. Kalau diberikan pilihan untuk pilih ibu bapa seperti ibu bapa yang suka mengongkong, ibu bapa yang tidak kisah pasal anak atau tiada ibu bapa, jadi ibu bapa yang mana akan menjadi pilihan anda???


 


Mengongkong tidak salah kerana ia bagi memastikan si anak terjaga, kadang-kadang ibu bapa perlu mengongkok anak mereka tetapi ada hadnya dan ibu bapa juga perlu memberikan ruang untuk anak-anak untuk melakukan kesilapan supaya mereka dapat belajar dari kesilapan. Perhatikan dan beri sedikit kelonggaran kepada si anak, didik mereka mana yang salah kerana mereka masih dalam proses pembelajaran.



Si anak kena lah belajar untuk hidup berdikari dan tunjuk kepada ibu bapa yang mereka tidak perlu lagi risau lagi kerana si anak sudah tahu untuk hidup berdikari serta bijak dalam memilih mana yang baik dan buruk. Stand up to your parent and discuss with them what you really want. Kalau nak cakap dan bincang dengan ibu bapa pun takut macam mana mereka nak tahu apa yang si anak nak dan tunjukkan keberanian supaya ibu bapa tahu kita sudah bersedia. Lagi pun kita tak perlu takut dengan ibu bapa tapi perlu hormat mereka. Kalau ada yang pernah mencuba tetapi gagal cuba lagi dan lagi sampai ibu bapa kita pulak terasa terkongkong pulak hehe. Cakap dekat mereka mak ayah berilah si anak ruang untuk membuat pilihan, ruang untuk mencuba dan ruang untuk belajar, jikalau si anak gagal diharap mak ayah dapat membimbing si anak kembali (parent can say I told you so)

Jadi kesimpulannya ibu bapa perlu memberi ruang kepada si anak dan si anak perlu lah membuktikan kepada ibu bapa yang mereka tidak perlu risau lagi kerana si anak susah boleh berdikari dengan sendiri, si anak juga sudah boleh membezakn yang mane baik dan buruk.

20 comments:

Unknown said...

Saya mempunyai dua ibu ..saya anak kepada anak ibu mude..umur saya da 21 dn adk sy 18 ttpi kami dbesar kn byk pntang larang...semua tidak boleh..kalau nk kluar dengn kwan ad had..anak yg mk ptma tidak kesah pun blik pkul berape..sy dgn adk smpai thp xthn dengan hdup mcm ni...smpai xthu nk cakap mcm mne dgn ibu bpa sy

Dr Bear said...

1st & foremost stop comparing situasi dgn org lain or dgn adik beradik mak lg satu. lain org lain cara & ujian yg diterima. mcm sy ckp if rasa xtahan just gtau parent but if rasa takut maybe boleh pakai org ketiga mcm uncle/aunty utk ckp kn dgn parent, harap dpt membantu :)

Ina said...

Okey.. Pagi tadi sye minta izin mak nk balik u awal sbb exam isnin ni.. Tapi.. Mak x bg n cakap sye mcm2.. Padahal sye ada sbb sendiri dan yg paling utama sye nk bt persediaan untuk exam .. Final ni.. Aku nk usaha lebih. Perkara mcm bt mood study aku hilang . Mcm pepatah dOn't force me to walk when i want to fly.

Anonymous said...

My parents just cancelled my trip to Korea which I have planned a year ago, just because my sister doesn't do laundry and I got blamed for it.
Just what the fuck...

Unknown said...

Saya baru je bercadang nk pegi tgk wayang ngan kawan kawan .. tapi mk n ayah saya risau sgt dan x fhm ape yg saya nk .. mk ngan ayah ckp "nnti ade org yg x kenal tegur ke" and macam macam lagi .. tapi sya tahu .. saya xkn buat mcm tu .. tapi mak n ayah saya asyik ckp "alah mama n papa kenal sgt awak.." saya nk buat ape supaya mk n ayah saya kasi saya kluar ngan kwn kwn?

Unknown said...

Sy mw kluar p mana2 mhupun pagi atau ptg pun x juga dkasih benar.. sy berasa rimas ke mna ja sy mahu pun x ksh benar la apalaa... umur mw meningkat sudah lo ... bukan budak2 lagi.. mw cari kerja punn kena ckap teda harapan la apala sdgkan tujuan sy cari kja sja mhu bpglaman kja... ne siap kena bebel lgi.. tu la yg mbuatkan sy x senang ..adeii

Unknown said...

Sy mw kluar p mana2 mhupun pagi atau ptg pun x juga dkasih benar.. sy berasa rimas ke mna ja sy mahu pun x ksh benar la apalaa... umur mw meningkat sudah lo ... bukan budak2 lagi.. mw cari kerja punn kena ckap teda harapan la apala sdgkan tujuan sy cari kja sja mhu bpglaman kja... ne siap kena bebel lgi.. tu la yg mbuatkan sy x senang ..adeii

Anonymous said...

mengongkong tu kadang2 memang perlu terutamanya buat anak2 yg masih kecil. tapi kalau anak dah besar, dan dah boleh buat keputusan sendiri, sepatutnya ibu bapa perlu mendengar pendapat mereka juga. pada saya sendiri, ayah saya terlalu mengongkong saya. nak pergi study group pun dia x bgi, nk blik rumah pun sama (saya plajar u), nk kluar dengan kwan jangan cakaplah. sampai kena baca rukun2 bagai. saya dah baca betul pun, still x bgi jugak. saya faham dia kongkong tu untuk kebaikan saya, tapi kadang2 saya rase x kena dengan masa dan tempat.

Anonymous said...

Umur sy 21 tahun ni. Sy stress sbb sy rasa sy masih dilayan mcm budak sekolah. Sy nak bebas sikit. Sy nak cuba belajar berdikari. Kedua ibu bapa sy terlalu mengongkong sy. Kalau nak pergi outing dgn kwn2, mereka tak akan beri sy drive sendiri. Mereka sanggup tolong hntrkan sy ke mana sy nak pergi. Kadang2 rasa stress. Kadang2 rasa terkongkong, tak bebas. Dan kadang2 rasa bersalah juga sbb susahkan mereka. Tp mereka kata tak kisah pun. Sy bukannya pergi buat benda tak elok. Cuma pergi lunch sekejap dgn kwn2. Sy nak sangat mereka beri peluang sy bersosial sendiri. Mereka terlalu risau sampai sy naik rimas. :(

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya sudah 26 tahun..masih d kongkong oleh ibu bapa saya untuk keluar dengan kawan..kawan2 saya smua dh pandai berdikari sendiri..dh ada rumah,kereta bahkan keluarga sendiri..saya cemburu dengan kehidupan kwn2 saye..sedih la mcm ni..bila saya nak bawa ibu bapa saya berbincang yang saya ni dh pandai berdikari sendiri..ibu bapa saya mcm endah tak endah jer..saya nk kehidupan saye..pliz la phm..saya nk berbelanja pn nk bli baju sendiri pn ibu dan bapa saya control..sedih la mcm ni..saya nak kehidupan saya mcm kwn2 saya lain..😢😢

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Ruzana said...

Saya tak dpt nk keluar ngn kwn bila di minta kebenaran tak bagi, tapi da diberi nnti esk lusa ada pergaduhan kecil tercetus antara parents saya,nnti saya kene tempias jgk dan akan diungkit yg saya keluar. Blh kira jari dlm satu tahun bape kali je keluar, dan saya sgt stress kalau dibandingkan dengan org sekeliling . umur saya sudah 21 tapi ayh saya masih anggap seperti bdk 12 tahun yg mana saya nk buat keputusan sendiri pon susah. Sampai kdg2 rasa nk memberontak

Unknown said...

Aku tinggal dngn kakak.sebab tak pandai dalam pelajaran. Aku asyik dikongkong seperti belajar sepenuh mass. Aku baru tingkatan 2.abang ipar aku juga jarang memberikan aku rehat aku rasa macam nk lari je. Aku di lumut manakala ibubapa di melaka. Aku rasa menyesal ikut diorang sangat rasa macam kene ragging kakak aku carut aku bile aku gagal periksa.

Unknown said...

Saya dh berusia 21tahun tapi masih dilarang untuk kluar dgn kwan,sedangkan bila saya duduk di asrama diorang akan ckp berdikari lah bila saya ada kt rmah nk kluar diorang larang ,,saya tk fhm maksud ibu bapa mengongkong anak yg tlah dewasa ...saya sudah besar tlah ada pemikiran yg waras ,kenapa bila saya ckp ayh ibu tlongla adik tkthu nk buat ni ,,diorang akan ckp buat sendiri dh besar ,tpi bila nk buat hal sendiri diorang anggap kita mcm bdak kecil lbih baik ank ni jngan dewasa jdi baby je terus .....saya benci dgn gaya parent yg mengongkong ank yg tlah pon meningkat 21thun ni .......

Anonymous said...

Saya 23 tahun. Dari kecil lagi memang dikongkong. Tak nafikan saya rasa stress yang teramat. Waktu sekolah rendah nak mintak pergi berkhemah pun susah nak bagi. Macam2 alasan, kena raging la, tak selamat la penat la, khemah panas la. Dah umur 17-18 nak pergi rumah kawan satu taman pun puas pujuk sampai saya keluar air mata baru bagi. Nak pergi beraya dengan kawan2, nak keluar dengan kawan2 pun tak boleh. Nak kerja part time pun macam berperang dengan ibu bapa saya. Last2 duduk rumah je la. Dibagi saya buat lesen kereta, tapi tak bagi kepercayaan untuk saya drive. zaman sekolah menengah saya pernah bercita-cita nak sambung belajar di luar negara, pun ibu saya tak benarkan. Urusan saya nak belajar luar negara, interview tak lepas. Mungkin salah satu sebabnya takdenya redha seorang ibu kan. Saya taktahu la sampai bila nasib saya macam ni. Semua yang saya minta nak buat tu semua lepas saya habis zaman sekolah, maksudnya dah besar dan sepatutnya dah boleh buat keputusan sendiri. Saya cuma nak mengadu kat sini sebab emosi saya sangat terganggu sekarang. Saya masih tak dapat kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, nak pergi interview sendiri pun tak boleh. Saya tahan diri saya dari tengok update kawan2 kat sosial media yang dah kerja, drive sana sini, melancong dan macam2 lah diorang buat yang saya tak boleh buat hanya sebab ibu bapa saya tak benarkan. Saya pelajar cemerlang zaman sekolah, jadi orang yang kenal saya dari kecil selalu ada sangkaan yang masa depan saya cerah dapat kerja besar bla3. Tapi sekarang saya rasa masa depan saya malap, sebab banyak perkara yang saya tak reti buat sebab tak berpeluang nak buat. Keyakinan diri jangan cerita, makin hilang. Kemahiran bersosial pun tak seberapa, sebab saya dah penat nak berkawan dengan orang tapi bila kawan ajak berjumpa, saya asyik tak boleh join. Lama2 saya ditinggalkan. Masa zaman sekolah semangat saya berkobar-kobar nak belajar pandai2 masuk universiti dan dapat kerja yang selesa. Tapi sejak tamat sekolah semangat tu makin hilang, sebab saya mula rasa kongkongan ibu bapa makin kuat dan diri saya yang bersemangat macam masa zaman sekolah tu makin hilang...walhal saya bukanlah budak nakal, kawan tak ramai apatah lagi teman lelaki...

Anonymous said...

kenape la saya ni kene hadap semua ni .. saya nak kebebasan untuk bergaul dengan rakan rakan saya tapi dengan sifat ibu bapa saya yang mengokong kehidupan terus saya boleh tukar 180 degree saya rasa malu dengan rakan rakan saya yang boleh jumpa dengan rakan rakan mereka tanpa ibu bapa mengokong mereka ... kawan2 saya saya mengatakan saya ni anak mak padahal saya anak mak sebab mak saya megokong
makin hari makin hari saya dapat saya rasa yang saya bukan yang dulu yang mane saya ni ade ramai kawan tapi kini dunia sudah terbalik harap ibu bapa beri saya ruang untuk bergaul dengan orang

Unknown said...

Samalah

Anonymous said...

Itu ok lagi la, at least boleh keluar dgn member. Sy ni da nak 22, langsung tak pernah keluar kemana2. Bagi tahu mak nak pergi 7 eleven 100 meter kat depan rumah pon dorang da naik berang. Ade je tak kene. Tambahan dpt famili yang kalau nak marah terus naik volume, tak ade bagi mukaddimah. Then nak mintak tolong auntie or uncle nasihat kan dorang, bawak bincang, lol, daripada kecik smpi ke besar, langsung tak pernah nak mengalah dgn anak2. Barang hilang dari rumah, terus menjerit panggil nama, tuduh mcm2, tapi bila sy tolong cari kan, jumpa. Dorang ckp saya yang sembunyi kan plak, pakai barang tanpa izin, padahal sendiri yang salah letak. Kalau mereka sendiri sedar, mereka buat salah, mereka buat dono je ��.

Anonymous said...

mok ayoh aku dok bagi aku gaul nge kwn ii aku , sbb die nk suruh aku duk lam rumoh pahtu , jd kuli sek ye , mu faham dok , kalu mu tengoh wak kije koloh , pahtu mok ayoh mu panggil suruh wak itu ini , doh la stress nk wak homework pastu , mok ayoh suruh itu ini , stress mu tau dok ?!����������☝��

Post a Comment

Throw your words

Pages